Wednesday, February 4, 2009

Pengangkutan

Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.

Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

Sikorsky S-61A-4 Nuri yang merupakan versi terbitan helikopter SH-3 Sea King yang diberi penambahbaikkan adalah sebuah helikopter milik tentera udara Malaysia. Helikopter Nuri adalah helikopter enjin berkembar pelbagai guna. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tentera lain, dalam banyak negara di seluruh dunia. Helikopter Nuri juga merupakan helikopter rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat.

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan tentera lain, di seluruh dunia.

Helikopter Nuri telahpun dinaiktaraf dengan pelbagai keupayaan seperti Radar Cuaca, “Doppler dan Doppler GPS”, Sistem Perkakasan Pendaratan ( Instrument Landing System ) dan, Keupayaan Penglihatan Malam ( Night Vision Capabilities ). Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga 2018.

Setiap Nuri akan melalui pemeriksaan “Check One” bagi setiap pesawat mengambil masa sekitar 2 atau 3 hari manakala “Check Two” lebih kurang dua minggu dan seterusnya “Check 4” dan “Check 5” yang memakan masa di bawah enam bulan sahaja.

Penyelenggaraan Nuri kini diserahkan kepada AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh terbang diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Alatganti yang diperlukan akan dibekalkan selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh ianya berstatuskan “Aircraft On Ground”.

No comments:

Post a Comment