Wednesday, February 4, 2009

Macro

Gonggok atau juga dikenali sebagai gonggok, ulat gelato atau sepah bulan merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat hampir 10,000 jenis spesies gonggok.

Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.

Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga

Rama-rama, (Bahasa Inggeris: Butterfly) adalah sejenis serangga dari order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan rama-rama mempunyai warna yang terang dan menarik.


1 comment: